k@Borneo k@Borneo - Your Gateway to Knowledge on Borneo
Member's Login

Username:
Password:
Remember me

Sejarah dan budaya Bugis di Tawau, Sabah

Buku Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah mengandungi tujuh rencana yang menyentuh aspek sosiobudaya dan sejarah pertapakan dan penghijrahan orang Bugis serta bentuk kepercayaan dan nilai yang dipegang. Mengenali Sosiobudaya Orang Bugis adalah rencana pertama yang memberikan pendedahan awal untuk mengenali dan memahami kandungan asas tradisi budaya Bugis. Rencana kedua pula yang bertajuk Sejarah Awal Komuniti Bugis di Tawau 1882-1931  membincangkan sejarah pertapakan awal orang Bugis yang dipelopori oleh beberapa tokoh-tokoh pengasas yang bertanggungjawab membangunkan kawasan sekitar bandar Tawau. Beberapa faktor pendorong dalam pemilihan Tawau sebagai lokasi dan tumpuan utama penghijrahan orang Bugis berbanding daerah-daerah lain dibincangkan dalam rencana bertajuk Punca Penghijrahan Orang Bugis ke Tawau Sabah. Rencana keempat yang bertajuk Adat Masyarakat Bugis di Daerah Tawau menceritakan adat resam orang Bugis yang berunsurkan Islam pada hampir setiap tahap kitaran hidup mereka. Nilai siri yang berperanan sebagai benteng jati diri orang Bugis dalam empat aspek utama dibincangakan dalam rencana bertajuk Siri dan Kepentingannya Sebagai Benteng Jati Diri Orang Bugis. I La Galigo adalah karya sastera Bugis yang dinyatakan dalam rencana keenam yang bertajuk  Kepercayaan Pra-Islam dalam Masyarakat Bugis: Satu Penelitian dari Naskhah I La Galigo. Akhir sekali, rencana ketujuh yang bertajuk  Roh Leluhur Nenek Moyang Menurut Kepercayaan Bugis dan Cina: Soroton Terhadap Pengaruh Islam adalah perincian kepada aspek kepercayaan Bugis yang dipengaruhi oleh animism dan Hindu-Buddha.

ISBN/ISSN No.:

Series Name:

Author: Suraya Sintang

Publisher: Universiti Malaysia Sabah (2007)

Language: English

Location: Universiti Malaysia Sabah